Info Syarikat


Maklumat Mengenai Program Tone Excel:
Tone Excel adalah syarikat yang menjalankan program ini dan menggunakan service provider dari TuneTalk. Office besar mereka terletak di:

Ibu Pejabat Tone Excel
B-2-8 & B-3-8, Jalan 3/149/E, Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, KL
Tel: 010 - 5000 969 atau 010 - 5333 969
Email: info@toneexcel.com

Maklumat Asas Mengenai Simkad Tone Excel:

* Harga sekeping Simkad Tone Excel ini adalah RM90 (di dalamnya terdapat topup RM30)
* Talian yang digunakan adalah talian TuneTalk
(Dimilik oleh Tune Group dan juga Celcom)
* Kadar panggilan adalah flat rate 28 sen seminit (60 saat satu block), SMS 10 sen dan surfing Internet adalah 10 sen/Mb
* Untuk melayakkan anda mendapat komisyen, hanyalah dengan top up minima RM20 setiap bulan.
* Untuk data pakage, ada sehari RM1.88, ada yang RM42 sebulan (1GB), ada yang RM64 sebulan (1Gb + percuma talktime 60 minit & 100 sms), ada yang RM99 sebulan (3 Gb) - Utk penerangan lanjut tentang data pakage ini boleh hubungi 010-5000 969

Contoh SIMKAD Tone Excel



Maklumat Tambahan:

* Produk yang ditawarkan adalah produk keperluan, semua orang menggunakan handphone, jadi samada kita menaja atau tidak, ia tidak mendatangkan apa2 beban kepada kita. Jika sebelum ini pun memang kita membayar bil berpuluh atau beratus ringgit setiap bulan, maka sudah pasti kita tidak mempunyai masalah untuk topup lebih daripada RM20 setiap bulan. Tidak seperti sesetengah perniagaan MLM yang lain, setiap bulan kena buat maintain yang tinggi, kadang kala produk yang dibeli tidak digunakan, jadi ia akan menjadi beban kewangan kepada kita.

* Tidak perlu service kepada downline anda. Apabila kita menaja seseorang, kita tidak perlu untuk mengingatkan mereka supaya maintain setiap bulan, kerana jika mereka menggunakan handphone pasti top up selalu. Malahan jika mereka ingin top up sekali pun, tidak perlu berjumpa kita, kita bukan buat bisnes jual top up, kalau nak top up mereka boleh buat di mana-mana kedai yang mereka mahu. Cuma yang pasti setiap kali mereka top up, anda akan dapat $$ komisyen.

* Tone Excel merupakan syarikat yang kukuh, apatah lagi TuneTalk yang dimiliki oleh Tune Group yang diantaranya adalah AirAsia, TuneHotel, TuneMoney. Malahan lebih 30% TuneTalk dimiliki oleh Celcom. Saya yakin gabungan diantara pengendali program ini, iaitu Tone Excel yang menggunakan service provider TuneTalk merupakan gandingan yang sihat dan berdaya maju di masa akan datang.

* Pada masa dan tarikh artikel ini dikemaskini (11am 06hb, Mac 2014) telah terdapat lebih 300,000 orang yang telah menyertai program Tone Excel ini dalam tempoh hampir 4 tahun semenjak ianya dilancarkan pada 5.8.2010. Bilangan lebih 300,000 itu menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap kelebihan menyertai program ini. Malah selama saya menyertainya, tidak pernah walau sekali pun Tone Excel menghadapi masalah tidak bayar komisyen kepada saya atau ahlinya yang lain. Saya tabik spring kepada Tone Excel.

* Prospek yang luas. Untuk meningkatkan komisyen yang akan saya perolehi, saya bukan hanya mempunyai peluang besar membuat tajaan terhadap ahli keluarga saya sendiri, tetapi saya boleh menaja lebih 26 juta rakyat Malaysia yang menggunakan handphone. Malah saya juga boleh menaja orang luar negara yang bekerja di sini. Semuanya bergantung kepada diri sendiri sahaja sekarang ini. Peluang sudah terbuka luas, samada kita ingin ambil atau tidak. Tepuk dada tanya keinginan.

* Jika anda seorang yang tidak pandai menaja, anda akan tetap menjadi pengguna setia talian Tone Excel ini kerana kelebihan yang diberikan seperti insuran RM100k, point tiket menaiki kapal terbang Air Asia secara percuma (terutama para perkerja dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal) merupakan kelebihan yang tiada atau jarang diberikan oleh Telco yang lain.

Berdasarkan keterangan di atas, saya yakin program ini akan bergerak lebih maju di masa akan datang dan menjadi satu fenomena serta kuasa baru di dalam industri telekominikasi negara kita, sebagaimana dibuktikan oleh Air Asia. Bagi saya ia akan lebih manis jika ANDA dapat bersama-sama saya menyertainya. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment